Follow Dashboard

Credits Section

Skin by: OhhAeen
Blog owner: Yayamongekss
Another credits.

wahai lelaki..andainye kamu tahu..... hm...
Sunday, 11 September 2011 | 01:34 | 4 comments


ANDAI LELAKI TAHU...
apabila seseorg perempuan itu jatuh cinta
lelaki itu tidak punya segalanya tetapi lelaki itu
adalah segalanya dihatinya..

ANDAI LELAKI TAHU
apabila seorg perempuan itu mengalirkan air mata
itu bukan bermakna die lemah,
tapi die sedang mencari kekuatan untuk terus tabah
mencintai lelaki itu...

ANDAI LELAKI TAHU
apabila seorang perempuan cepat marah
dia memg tidak mampu mengawal perasaannya..
tapi percayalah itulah maknanya,
dia sangat mengambil berat dan menyanyangi lelaki itu
lihat saja pasangan yg baru bercinta,
mereka memang jarang bergaduh,tetapi percayalah
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang
semakin banyak pula pertelingkahan yg berlaku

ANDAI LELAKI TAHU
apabila seorang perempuan itu mula banyak bercakap
bukan bermaksud dia nak buat anda rimas
tetapi dia mahu anda mengenalinya dengan lebih dalam

ANDAI LELAKI TAHU
apabila seseorang perempuan itu cemburu,
dan tidak percayakan anda,itu bukan bermaksud dia tidak syang
sebaliknya dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda seperti anak kecil
yang perlukan perhatian,kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya
terlalu percya,anda akan mengkhianati kepercyaan yg diberi.
naluri keibuannya terlalu kuat,dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda

ANDAI LELAKI TAHU
apabila perempuan itu merajuk,jgn kata dia mengada-ngada
dia bukan mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh
buat perempuan rasa dirinya dihargai..

ANDAI LELAKI TAHU
apabila perempuan jarang mengucapkan 'I Love You',
itu tidak bermakna dia tidak mencintai tetapi dia mahu lelaki itu
merasai sendri cintanya,bukan hanya dengan kata-kata
tetapi juga melalui bhasa tubuhnya..

ANDAI LELAKI TAHU
apabila perempuan kata die rindu pada kamu
dia benar-benar maksudkannya,
apabila berjauhan,bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata

ANDAI LELAKI TAHU
apabila perempuan kata lelaki lain lebih baik dari diri kamu
jangan percya kata-katanya kerana  dia hanya menguji kamu.
dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik
dihatinya. selagi dia dengan kamu,percayalah,
walaupon perempuan masih menganggap ramai lagi 
yang lebih baik dimatanya.tetapi dihatinya kamu yang terbaik.

ANDAI LELAKI TAHU
apabila perempuan itu menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk
menjadi degil tetapi dia mahu melihat sejauh mana
kamu mampu bersabar dengan kerenahnya.
percayalah hati perempuan itu sangat lembut
andai kene dengan caranya

ANDAI LELAKI TAHU
apabila perempuan itu berkata 'tolong tinggalkan saya'
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
dia hanya mahu menenangkan fikirannya.
apabila dia kembali tenang,percayalah,
dia akn mencari anda semula,itu tandanya dia benar-benar
mencintai kamu. perempuan memg sukar mengawal perasaan.
dia terlalu emosional. tapi dialah yang paling menyayangi
anda dan sangat sensitif dengan perubahan diri anda.

ANDAI LELAKI TAHU
sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan,
dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya mereka
saling memahami, mereka akan saling melengkapi 
dan meyempurnakanperempuan itu diciptakan oleh allah
dengan indah sekali. disebalik air matanya,tersimpan seribu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu selamat bersamanya.
biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dia punya
kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya....

WAHAI LELAKI....ANDAINYA KAU TAHU......